Assalamu'alaikum, hai...
Lepas subuh terus ke dapur. Dek kerana keinginan yang teramat sangat. Aku terus bancuh tepung nak buat apam balik paling mudah aku kira. Resepi mak aku. Cuma aku lupa-lupa ingat bahannya. Tapi yang pasti tak silap punyalah. Haha...

Dah siap! Taraa...


Nak buat apam balik mudah gaya aku ni. Bahan-bahan confirm semua rumah pasti ada. Cuma kacang jelah... Jarang nak ada... Betul tak? Bahannya hanyalah 2 gelas tepung, 1 sudu teh baking powder, 1/2 sudu teh soda bikarbonat, 1/2 gelas gula, pewarna kuning, 1 1/2 gelas air dan 1 biji telur. Yang tu untuk kulit apam. Untuk inti pulak hanyalah gula, marjerin dan kacang yang dikisar kasar.

Cara membuatnya... Teramatlah mudah. Takde acuan apam balik. Aku guna kuali leper (pan) je. First thing first... Kisar gula dan tepung sehingga kembang. Kemudian, masukkan ke semua bahan yang lain. Dah siap... Panaskan kuali leper dengan api yang paling kecil. Then, dah panas oleskan kuali leper dengan marjerin dan masukkan sesenduk bancuhan tadi. Bila dah separa masak... Taburkan gula dan kacang di atasnya. Bila dah nampak kekuningan. Terus lipat. Mudah kan. Tapi... Aku buat nipis je. Tak suka tebal sangat. Cepat muak bila makan.

Sekian. Resepi sarapan mudah dari aku untuk pagi ni. Haha... Sabo jelah!