Assalamu'alaikum, hai...
Biasanya... Kalau ada jualan dari rumah ke rumah tu... Korang layan tak? Bukan apa... Kena hati-hati dengan jurujual sebegini.
Mak aku cakap... Dalam bulan ni ada kes kat kampung aku. Suami isteri ni tinggal berdua je di rumah. Anak semua dah bekerja. Nak dijadikan cerita... Suatu hari... Datang seorang lelaki dan sorang pompuan. Kononnya daripada pihak Astro kata makcik tu menang duit RM50,000. Untuk dapatkan duit tu... Syaratnya kena bagi semua barang kemas yang dia pakai. Yang kesiannya... Makcik tu memang pakai barang kemas besar-besar.
Seperti dipukau... Semua barang kemas dia habis dibagi tanpa pengetahuan orang lain. Bila lelaki dan perempuan tu balik. Barulah makcik tu sedar. Menangis pun dah tak guna dah... Nasi dah jadi bubur.
Moral of the story... Jangan bagi orang yang tak dikenali naik ke rumah. Nak beli barang... Beli je terus dari kedai. Sekarang ni... Macam-macam tektik penjenayah guna untuk memperdayakan mangsa. Sebab tu... Mak aku sekarang ni... Kunci je pintu. Malas nak layan katanya...
9 Comments
Fiza, mak saya pernah kena. Katanya untuk bantuan BRIM. Dia nak buat soal selidik. Macam ni gak lah, dia minta barang kemas. Habis gelang mak. Memang kuangajo tau.
ReplyDeleteSy mmg tak percaya klu jurujual dtg rumah ni Fiza.. takutlah..kes2 pukau ni mmg sllu terjadi...
ReplyDeletejadikan pengajaran sesama kita..
memang tak kan layan kalau ada orang datang rumah, farah pesan dengan mama jangan buka pintu langsung...
ReplyDeleteEeee sian makcik tu yer
ReplyDeletejahat betul diarang ni..kesian kat makcik tu..kita yg belum terkena ni kenalah amik iktibar dgn apa yg berlaku..mintak jauh..:)
ReplyDeletebetol tu Fiza.. jenayah ade kat mana2 skrg nih. memang kena sentiasa berhati2.
ReplyDeletemacam mak saya memang tak layan kalau orang jual2 datang umah ni.. takut jadi camni la...
ReplyDeletebiasa berlaku ni Fiza...target diaorg org2 kampung la...arwah ayah noe dulu pun pernah kena...mak noe pun pernah kena sekali dengan orang nak tukar tempat filter air..duit di ambil...benda tu x tukar pun...jangan la percaya
ReplyDeleteIsk2, risau pula kalau kena pakau-pukau ni.
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.