Assalamu'alaikum, hai...
Aku percaya... Ibu-ibu di dunia ini, pasti mempunyai pendapat yang sama dengan aku... Mendidik anak bukanlah perkara yang mudah. Right? Ia memerlukan banyak pengorbanan. Namun, tanpa kasih sayang... Didikan juga umpama mencurahkan air di daun keladi.
Walaupun lagi 13 hari nak menjangkau 2 tahun dan Alia still kecik lagi untuk buat kerja rumah. Namun... Alhamdulillah... Si budak mendengar kata ni rajin tolong aku. Terutama mengemas balik mainannya yang disepahkannya. Even... Kekadang dah simpan, sepah balik... Sekurang-kurangnya... Step by step dia diajar untuk bersikap bertanggungjawab ke atas apa yang telah dilakukannya.
Time tidur malam pulak... Dah reti ambik bantal sendiri. Kekadang sian pulak aku tengok. Kecik-kecik dah cuba nak berdikari. Tapi aku biarkan saja dia melakukannya sendiri. Kalau tak nanti manja sangat... Semua benda nak bergantung kat kita.
Alhamdulillah... Paling best, part makan. Alia dah suap sendiri sekarang. Walaupun bersepah dan ambik masa. Aku tetap bersabar. Even... Kadang-kadang tu nak jugak jadi tarzan kejap tengok nasi bersepah bagai... Tapi tak jadi. Bila difikirkan... Dia bukan tahu apa pun. Budak tengah berkembang. Yang penting bagi aku... Aku harus jadi guideline buat dia. Terangkan itu dan ini dengan sabar.
Yelah... Kalau nak diikutkan... Banyak karenah anak yang boleh mengundang amarah sebenarnya. Betul tak? Tapi... Kita harus bersabar menghadapinya... Andai kita mahukan anak kita jadi manusia yang berguna dan berjaya buat kita. Itulah antara nasihat mak aku before kami berpindah ke Bintulu. Rindu haish kat mak... Tetiba pulak... Perasaan itu menyelubungi aku. Huhu...
6 Comments
Alhamdulillah.. bagus usaha Fiza ni.. sy pun sama..tak putus2 ajar pae berdikari.. dah makin OK, cuma skrg pae klu makan msti minta suap..:)
ReplyDeleteBaguslah. Kecik2 dah pandai berdikari.
ReplyDeleteyup step by step fiza, bak kata orang, melentur buluh biar dari rebungnya... *_^
ReplyDeletebetol tuh!
ReplyDeletemendidik anak memang perlukan tahap kesabaran yang tinggi. tapi kadang2 terbaran jugak zura nih.. hehehehe
betul fiza,sabar tu tunjang utama,anak kecil cara kecil,dh besar cara besar..hari2 jadi tarzan.hehe
ReplyDeletebagus fiza ajar alia berdikari..mmg kena didik awal2.sy pun klu boleh mmg tak suka anak terlalu berharap dengan kita.pastu manja tak bertempat..
Bijaknya Alia... Semoga Alia menjadi anak yang rajin kelak.
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.