Assalamu'alaikum, hai...
Tengok tak berita tadi. Apakah motif amah tu kelar dua orang anak majikannya ek... Lepas tu bunuh diri. Padahal dah 2 tahun bekerja dengan majikannya. Hurmmm... Sedih dengar cerita gini tau. Asyik-asyik cerita pasal anak dan pembantu rumah. Takut pulak rasa hati...
Tu la... Isnin ni aku dah start lapor diri. Alhamdulillah... Aku berjaya temuduga di Politeknik Metro, Betong haritu. Bergaji hari... Start 3 March dan habis pada 31 Mei... Lepas tu. Sambung atau tidak... Semuanya bergantung kepada rezeki. Memandangkan hubby membenarkan... Dan tambahan dekat dengan rumah makayah... So, aku terima offer dorang.
Even dekat... Tapi risau jugak nak tinggalkan Alia. 2 tahun tau aku jaga sendiri Alia. Tetiba Isnin ni... Tugas tu adik, makayah aku ambik. Huhu... Aku pulak rasa tak boleh nak berjauhan dengan Alia sekarang weh!... Start dapat call Isnin haritu... Malam-malam aku tak boleh nak lelapkan mata... Asyik... fikirkan Alia. Sedangkan family sendiri yang jaga.
4 Comments
InsyaAllah Aliya akan baik2 aja dibawah jagaan nenek nya..sllunya mak ayah kita ni Fiza lbh syg cucu dr anak sndiri...jgn risau K..
ReplyDeletemula2 mgkn kekok pisah dgn anak, lama2 nti OK lah tu..
Tahniah Fiza sbb dpt mulakan kerja:)
al-fatihah..
ReplyDeleteEeee ngerinya...takut sangat!! sampai sanggup jadi pembunuh...
ReplyDeletetahniah...selamat bekerja...insyaAllah...family sendiri yg jaga..Aliya mesti ok
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.