Assalamu'alaikum, hai...
Sana-sini cerita pasal Erra Fazira dan Engku Emran Sah bercerai, Kenapa Erra Fazira dan Engku Emran Bercerai? Apakah sebab Erra Fazira dan Engku Emran Bercerai?... Kenapa hak penjagaan anak Erra Fazira diberi kepada Engku Emran?... Semua itu tajuk utama cerita-cerita panas mengenai penceraian Erra Fazira yang tersebar luas di internet duatigaempat hari yang lepas... Malah, masih ada yang update status facebook mengenai isu penceraian mereka.
Sumber gambar adalah daripada laman murai.com.my |
Tapi... Siapalah aku untuk mengulas isu penceraian mereka. Aku turut bersimpati ke atas apa yang berlaku kepada pasangan ini. Apa yang mampu aku lakukan... Aku doakan agar mereka bertemu jodoh dan kehidupan yang lebih baik di masa hadapan. Semoga apa yang berlaku akan menjadi ikhtibar buat kehidupan di hari yang mendatang. Hidup ini ibarat roda... Sentiasa berputar tanpa henti. Ada kalanya kita di atas, ada kalanya kita di bawah... Siapalah kita untuk menghukum dan mengutuk mereka. Sesungguhnya hanya Allah Maha Mengetahui apa yang berlaku sebenarnya.
Sebagai masyarakat kita tak seharusnya membuat spekulasi sendiri tentang rumahtangga orang lain. Cuba kita fikirkan... Andai kita ditempat mereka... Sudah pasti kita akan melakukan perkara yang sama... Atau mungkin lebih teruk lagi daripada itu. Wallahu'alam...
1 Comments
doakan yang terbaik.
ReplyDeleteKalau kita mengata pun, mungkin kita juga akan melalui perkara yang sama, malah mungkin lebih teruk.
Wallahu alam.
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.