Assalamu'alaikum, hai...
Dah 5 hari berlalu... Baru teringat pasal nak update checkup Alia umur 2 tahun haritu. Tula muka Alia tengah mengantuk tunggu turn masuk. Boringla tu. Di Klinik Spaoh, time aku pregnant dulu... Queue guna sistem nombor. Sekarang... Entah! Guna stail lama balik. Ikut nasibla jawabnya.
Hampir setengah jam jugak kami bertiga tunggu... Baru kena panggil. Nasib baik tak berejam-rejam. Hehe. Masa kena panggil tu... Kemain teruja Alia nak kena timbang dan ukur ketinggian. Alhamdulillah... Berat Alia naik... 11.6kg. Ketinggian pulak 86cm.
Then... Alia jugak diuji untuk menyusun 6 bongkah dan bukak buku page by page. Mula-mula tindakbalas Alia agak slow. Nurse kata malu kot. Malulah sangat. Tak sampai 5 minit... Bila nurse simpan bongkak dalam bekas balik. Alia pulak keluarkan dan susun. Pandai pulak dia. Sabar jelah...
Selain tu, Alia jugak diuji dengan beberapa arahan. Nurse tanya pasal gambar dalam buku berjudul buah-buahan, Alia pulak akan tunjuk. Alhamdulillah... Alia bagi kerjasama dengan baik. Before balik. Nurse bagi dua biji ubat cacing. Kena makan kedua-dua bijik belah malam. Nurse kata manis. Belah malam aku bagilah kat Alia kata kat dia... Gula-gula manis. Alia part makan ubat memang senang cita. Habis satu dia kunyah... Aku bagi lagi satu. Kemain dia. Sebab manis kot... Kalau pahit... Memang aksi muntah pasti ada jugak aku rasa. Haha...
3 Comments
Alhamdulillah semoga Alia terus maju dan cerdas ye sayang...
ReplyDeleteAamiin...
Salam sayang juga dari Bunda...
Pandainya ALia.
ReplyDeleteala comelnya dia
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.