Assalamu'alaikum, hai...
Kebiasaannya bila budak sedang membesar. Kekadang secara tidak segaja pasti mengalami kecederaan. Jatuh kerusi la... Malah jatuh lantai dek kerana belajar berjalan pun ada .... Sudahnya. Top-top benjol muncul di kepala. 


Bulan lepas ... Alia jatuh pagar. Rendah je pun pagarnya. Nasib baik tak nangis. Tak sakit pun. Jatuh sikit je. Aku perasan... Sejak haritu sampai sekarang. Dia dah tak panjat dah pagar tu. Nampak macam fobia dan serik untuk melakukannya... Aku pernah terbaca tau dalam buku hasil tulisan Dr. Carol Cooper berjudul "Soal Jawab Bayi & Kanak-Kanak" di mana perkembangan kanak-kanak berumur setahun ke dua tahun... Salah satunya, mereka berupaya mengaitkan situasi dan kesakitan. So... Tak hairanlah mereka boleh serik untuk melakukan sesuatu perkara yang boleh mendatangkan sakit. Right! Just... Nak mengiakan fakta Dr. Carol Cooper sebenarnya... 

Hehe... Tak habis lagi pun... Buku tu aku baca. Biasalah... Nak habiskan 5 halaman pun payah... Almaklumlah... Banyak sangat tuntutan yang kena dilangsaikan. Hutang blogwalking pun tak bayar lagi ni. Huhu...