Assalamu'alaikum, hai...
Dah lebih 10 tahun, rumah kami di kampung guna rice cooker jenama national. Alhamdulillah... Masih berfungsi dengan baik sehingga saat gambar ini diambil, walaupun keadaannya nampak sudah mulai lusuh dimamah usia. Tapi... Sungguh banyak jasanya pada kami sekeluarga.
Aku suka dengan prinsip mak aku. Biar menang membeli, jangan pulak kalah memakai. Biarpun harganya mahal sikit... Yang penting kualitinya bagus. Time mak beli rice cooker ni dulu harganya still murah lagi... Tak silap around RM50++. Sekarang ni... Aku rasa... Mesti harganya dah mahal. 10 tahun dah berlalu beb... Mesti harganya pun dah naik 2 kali ganda kan...
Sekarang ni... Banyak sangat dah jenis barang elektrik yang ada di pasaran. Nak yang mahal atau paling murah pun ada. Cuma tu la... Nak kena hati-hati memilih.
Tengah memasak... Tetiba terpandang rice cooker. Dek kerana banyak berjasa kepada kami. Teringin pulak nak buat catatan. Hehe...
Sabo jelah yer...
7 Comments
Wah masih elok lagi rice cooker tu.. pandai Fiza jaga rice cooker tu.. Boleh jadi barangan antik ni..
ReplyDeletefarah agree fiza, rice cooker national ni memang tahan lama, mama farah pakai dari farah kecik sampailah farah dah kerja, lepas tu dah kaput... barulah ganti yang baru... ^_^...barang elektrik lama lebih tahan dari yang baru...
ReplyDeleteFarah : kan... Dulu2 punya barangan elektrik memang tahan lama. Tapi kan... Kalau tak cepat rosak. Boleh lingkup kilang pengeluaran. Haha...
Deletememang tahan jenama ni....dulu kaksura pakai Rice Cooker jenama Sharp..pun tahan.. dari Along kecik sampai ke anak dara..2 tahun lepas rosak..tukar jenama panasonic pulak..:)
ReplyDeleteeh mmg pon.mmg tahan lama.x mcm ricecooker skrg ni kan.
ReplyDeletecerita pasal rice cooker pon bolehhhh hahaha.. actually kualiti dulu2 more better then quality zaman skrg. skrg ni beli je tak sampai 5 tahun dah rosak.. hurmmm
ReplyDeleteEmak Ida dulu pun ada gak guna rice cooker yang tahan lama mcm ni... tp ida lupa brand apa...tapi dia rosak kerana kena kencing dengan Tony (kucing kesayangan ayah). Dia leh masuk dalam rice cooker tu dan kencing iskkk iskkk
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.