Assalamu'alaikum, hai...
Semalam hari gaji... Memandangkan adik pergi bank... Aku pun nak jugak ikut... Tapi, Kena tunggu adik balik mengajar baru nak gerak. Aku pergi bank BSN nak settle kad bank aku kena block bulan lepas... Gara-gara lupa nombor pin. Biasalah... Dah lama tak guna. Hehe... Tapi mesti settle'kan jugak. Duit hasil berblog dalam tu weii...
Cantik weiii kad baru bank BSN. Color biru tua gitu. Nampak canggih... Untuk minta nombor pin kad bank BSN yang baru. Aku kena isi borang untuk mohon kad baru. Dorang tak bagi pun nombor pin... Tapi tukar kad baru. So, isi jelah... Tak sampai 15 minit dah settle. Perkhidmatan yang mudah dan pantas. 5 bintang aku bagi... Okeh!
Tapi sayang... Aku tak dapat nak tukar nombor pin di mesin ATM. Sapa sanggup nak tunggu. Panjang benau queue weh!... Dahla hari gaji. BR1M 3.0 jugak masuk. Apalagi... Kena serbulah jawabnya. Nak tak nak... Nampak gayanya Ahad ni... Pergi ATM lagila jawabnya. Huhu...
Oh! Ya... Pasal kad ATM BSN yang baru. Ia dilengkapi lima aplikasi yang dihubungkan kepada akaun simpanan BSN, iaitu Visa payWave, MEPS, Touch ‘n Go, PLUSMiles dan program kesetiaan BCARD tau...
keistimewaan yang sama dengan kad kredit, tetapi tanpa berhutang dengan bank. Best kan? Tak payah bawak cash dah bila shopping. Tapi... Kena tahula amount dalam akaun. Nanti takde duit dalam tu... Kita pulak yang malu. Haha...
Selain tu... Kad Debit Visa BSN juga dilengkapi teknologi tanpa sentuh Visa payWave, yang mana pemegang kad hanya perlu melayangkan kad untuk melunaskan pembayaran tanpa perlu menggunakan nombor pengenalan peribadi atau menurunkan tandatangan... Seperti hubby selalu buat. Nak kena tandatangan bagai...
Bukan tu je... Pengeluaran wang dan pindahan antara bank pun boleh dilaksanakan di mana-mana mesin ATM dalam rangkaian ATM MEPS di seluruh negara.
Kad itu juga dilengkapi ciri keselamatan seperti dasar liabiliti sifat Visa yang melindungi pemegang kad daripada pembelian palsu, selain had pembelian yang boleh ditentukan dan pemberitahuan urus niaga menerusi SMS...
Macam bagus je service kad ATM BSN yang baru kan. Nanti... Insya Allah. Fiza nak try shopping guna kad tu... Kalau menjadi... Akan fiza share okeh...
Have a nice day :)
15 Comments
Assalammualaikum...fiza,
ReplyDeletebestnyer dapat brim kan... murah rezeki...
mselim3
Wa'alaikumussalam mselim3,
DeleteFiza tak dapat BR1M pun mselim3... Hehe.
Brp caj yg dikenakan?
DeleteTak ingat. Rasanya dorang tolak dari akaun kita.
Deleteyang penting duit dalam tu kena selamatkan dulu kann Fiza :)
ReplyDeleteZaza : Yup! Sudah semestinya... Kena selamatkan duit dulu. Hehe...
Deletesalam Fiza..
ReplyDeletewah! cantik gak kad BSN baru ni..fungsi pun dah pelbagai kan?..
TQ info..:)
memang cantik kalernya..sekarang ni memang senang..takde kad kredit pun takpe..janji ada kad debit.tak yah nak bawak duit kalau nak shopping..cuma pastikan ada duit dlm akaun..:)
ReplyDeleteTu dia. Banyak keistimewaan kad BSN ni yer.
ReplyDeleteguna bnyak card..
ReplyDeletecard tesco, jusco, mydin, bla..bla.. semua kena kuar duit
Bagus juga info ni kak. BSN pun dah melebarkan sayap dia...klu dulu bil2 ramai bertumpu di maybank... skrg BSN pun dah boleh
ReplyDelete1.Nak tanya nanti duit yang ada dikira burn ke macam mana ?
ReplyDelete2.No akaun masih sama atau dia akan tukar jugak ?
1. Duit still ada.
Delete2. No.akaun still sama.
Nak tanya..kalau dah berbulan2 kad tu dh d sekat..duit dlm tu boleh hangus tak?
ReplyDeleteRasanya duit dalam tu kalau mencukupi maybe still ada walaupun dah berbulan-bulan kad ATM tersekat. Better call customer care BSN untuk kepastian ye.
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.