Assalamu'alaikum, hai...
Semalam adik perempuan bongsu aku balik dari interview. Adik perempuan aku nombor dua yang kerja di Penjara Kuching kirimkan karipap yang banduan buat. Actually, banduan pun ada diajar kemahiran tau... Bukannya duduk penjara menjalani hukuman, makan dan tidur je. Hasil tangan dorang akan dijual... Duitnya pulak... Staff akan simpankan.
Bila banduan keluar nanti... At least dorang ada duit untuk survive setelah keluar dari penjara.
Back to the point, karipap yang dorang buat tu ternyata sedap. Susah jugak nak cari karipap sesedap tu even sendiri buat. Serius! Memang sedap. Adik aku beli... Ada dua jenis... Inti daging dan jugak ayam. Duadua aku suka. Hehe... Sampai 4 biji aku habiskan. Alia pun suka.
Pada aku... Bagus jugak kan banduan diajar kemahiran. Sekurang-kurangnya bila keluar penjara... Dorang boleh survive dengan kemahiran yang dorang miliki. Taklah nanti... Kembali kepada perkara yang pernah dorang buat sebelum ni.
5 Comments
Salam Fiza..betul kata Fiza.. sekurang2nya bila banduan keluar nti dorang ada kemahiran yg boleh diguna pkai.. nyum! karipap tu pun nampak sedap tau...
ReplyDeleteSA pun setuju...diorang memang di ajar kemahiran untuk survive kat luar nanti..boleh tahan hasil tangan diorang..SA ada beli tudung saji yang banduan buat...sampai sekarang ok lagi..dah 5 tahun guna...
ReplyDeleteBetul tu Kak Fiza... emak ida pun selalu gak beli hasil tangan banduan ni...kalau kat johor ni terutamanya penjara Simpang Renggam, mereka selalu buat kerepek2 ni macam kerepek pisang, ubi, muruku pun ada... pasatu ada juga kraftangan macam kerusi malas, kotak ukiran tempat remote kontrol atau peti surat... cantik2 tau...
ReplyDeleteBetul tu Kak Fiza... emak ida pun selalu gak beli hasil tangan banduan ni...kalau kat johor ni terutamanya penjara Simpang Renggam, mereka selalu buat kerepek2 ni macam kerepek pisang, ubi, muruku pun ada... pasatu ada juga kraftangan macam kerusi malas, kotak ukiran tempat remote kontrol atau peti surat... cantik2 tau...
ReplyDeletediaorg mmg diajar ilmu kemahiran..supaya bila keluar nanti..diaorg boleh berdikari...noe pun ada beli meja makan jenis jepun..yg duduk tu...hasil kerja tangan banduan
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.