Assalamu'alaikum, hai...
Bila hubby sibuk layan perlawanan bola sepak antara Pahang dan PDRM. Aku mula bosan. Separuh masa pertama yang agak slow... Di mana, PDRM mendahului 1 - 0...
Jadinya... Aku layan majalah iSIHAT. Kebiasaan aku before tidur. Baca satu halaman pun jadilah kan... Nak dijadikan cerita... Aku nak take note sikit pasal kesan makan kacang. Di mana kacang jugak boleh membantu untuk membakar kalori waima semasa berehat atau tidak bergerak. Bukan tu je... Ia juga dikatakan mampu mengurangkan rasa lapar.
Pada yang berdiet, aku rasa kacang sesuai untuk dijadikan snek harian... Boleh bakar kalori. Ye tak?
Kalau aku... Tak gemar sangat makan kacang. Tapi... Kalau kacang gajus letak dalam biskut almond london. No hal... Suka bangat. Lama haish tak makan almond london. Kenapa ek... Mesti tunggu raya baru nak buat segala mak nenek kuih. Tak raya... Takde pulak nak buat...
1 Comments
kacang..mmg noe suka...tambah2 kacang gajus tu...
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.