Assalamu'alaikum, hai...
Actually... Adik ke-5 aku lelaki. Guru tadika di salah sebuah rumah panjang tak jauh dari kampung kami. Dah kawin. Isteri dia orang utara... Orang Perlis. 


Kebetulan rumah panjang tempat dia mengajar tu... Ramai yang kenal nenek dan mak aku. So, nak dijadikan cerita... Bila dorang ambik buah confirm akan bagi kat adik aku jugak. Dua hari lepas dorang bagi buah nenas. Balik tadi pulak... Dorang bagi buah asam... Kat tempat aku... Asam ni digunakan untuk buat asam gelugur. Sedap! Kalau bubuh dalam masakan terutamanya ikan masak asam pedas. Mahu meleleh air liur dibuatnya. Haha...

Bukan nak bodek atau apa... Serius. Iban Sarawak memang baik. Kalau kita baik dengan dorang. Dorang lagi lagi... Dan lagi baik dengan kita. Even berlainan agama. 

Bila dah balik kampung... Teringat pulak aku dengan jiran kami di SK Long Gang... Siti. Pun Iban jugak. Iban belah Kapit, Sibu. Mak dia rajin tanam sayur. Bila dah petik sayur... Mesti ada jugak untuk kami 3 beranak. Orang berbudi, kita berbahasa. Tu... Kalau aku buat kuih insya Allah akan ada jugak buat dorang.