Assalamu'alaikum, hai...
Petang semalam aku mintak tolong adik aku belikan biskut kering munchy's untuk Alia. Sekali... Adik aku kata... Osborne lagi sedap. Gabungan Os dan Abon. Biar betul bentak hatiku. Lawak adik aku ke hapa? Atau saja nak main-mainkan aku. Tak kisahla...
Adik cakap bukan je tak berminyak, tang rangup dia tu... Tak tau nak kata apa. Memang sedap katanya. Disebabkan terpengaruh dengan kata-katanya. Apalagi... Terus suruh pergi beli. First time tengok jenama biskut kering Julie's Osborne ni. Harga pun murah. RM2.80 je sebungkus. Kat kampung akulah... Kat tempat lain maybe lagi murah kan.
Apalagi... Balik je dorang, terus buat air teh untuk kami dan susu buat Alia. Caya atau tidak. Alia boleh habiskan 6 keping. Kasi rendam dalam susu. Pesen atuk-atuk makan biskut kering gitu. Tengok Alia berabis makan. Aku pun try cicah dengan air teh. Ha'ah... Serius sedap weii... Tak tipu. Dah tu... Belah malam lepas makan. Boleh pulak Alia mintak biskut tu. Teperanjat aku. Breakfast pagi tadi pun sama. Apalagi... Tadi masa adik pergi kedai sekali lagi pesan suruh beli 3 bungkus. Haha... Sampai macamtu sekali kau...
3 Comments
tak pasan pulak biskut ni... sedap ek? insyaAllah nanti leh try
ReplyDeletenak try jugak lah, macam sedap je.. :)
ReplyDeleteoo. Nanti nak cari juga la.
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.