Assalamu'alaikum, hai...
Tengok tak drama Menjinak Ombak semalam?. Geram betul aku tengok watak ustaz Fatah tau. Emosi pulak aku dibuatnya... Yelah! Tu namanya... Manusia bertopengkan syaitan ke... Syaitan bertopengkan manusia. Whatever lah... Cuma. Tak mustahil zaman sekarang ni... Ada manusia sebegitu. Terlalu fanatik belajar ilmu agama sehingga terpesong ajarannya. Aku rasa next week adalah episod terakhir untuk Menjinak ombak kot.
Hishh... Diluar nampak seperti alim, tapi sebaliknya lebih hina kelakuannya. Parents dia pun teruk... Tuduh orang lain bunuh Hanani... Padahal Ustaz Fatah sendiri yang bunuh adiknya sendiri. Kekadang takut pulak aku tengok cerita macamtu... Yelah... Boleh mengajar para penonton dapat idea untuk buat benda tak baik tau.
Teringat pulak aku kata bapak mertua aku. Dia kurang gemar tengok drama tv3. Katanya... Banyak benda tak baik daripada elok. That true... Tapi... Tu kalau si penonton berfikir secara negatif dan ambik sesuatu keadaan tu sebagai idea untuk buat benda tak elok. Kalau penonton bijak... Sudah pastinya memahami isi tersirat disebalik sesuatu cerita tu... Dan ambiknya sebagai pengajaran dalam kehidupan... Baru betul. Ye tak?.
1 Comments
sekarang ni tak tgok tv pun org bijak2 dh klu bab buat jahat fiza kan..
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.