Assalamu'alaikum, hai...
Rasanya dah lama tak minum susu. Masa mengandungkan Alia je haritu minum susu Anmum Materna. Masa tu... Kemain rajin minum susu. Tak pernah tinggal setiap hari. Kalau lupa. Confirm! Ada yang ingat... Biasalah hubby... Mana boleh nampak aku tak minum susu time pregnant.
Sekarang ni pun... Dia asyik nasihatkan aku suruh minum susu nestle omega plus. Yelah... Usia kita semakin tua. Bukannya semakin muda. Tang tua berjiwa muda tu... Lain la. Hehe...
Dah setahun dah hubby mengamalkan minum susu nestle omega plus. Baru semalam hati aku terbuka untuk merasa. Serius! Sedap. Takut membazir. Aku buat sikit je... Guna gelas kecik. Sekali... 'berlalak'. Sabo jelah... Nampak gayanya... Lepas ni kena berkongsi susu lah kami berdua. Hehe...
Actually, aku bukanlah kategori manusia yang suka sangat minum susu. Tapi... Tengoklah. Kalau susu tu boleh masuk anak tekak aku. Insya Allah. Boleh je layan!
Oh ya... Nak tahu berapa harga sebungkus Nestle Omega Plus... Pada aku harganya sangat berpatutan. 1kg, harganya baru RM37.80... Lebih murah jika nak dibandingkan dengan Oat BG22. Tapi... Bagi yang intoleransi laktosa atau dalam bahasa mudahnya tak boleh minum susu. Bolehla minum Oat BG22 kalau nak.
Yang harus kita tahu... Nestle omega Plus mempunyai beberapa kebaikan iaitu first... Ia mengandungi Acticol yang boleh membantu mengurangkan tahap kolestrol kita dengan sterol tumbuhan. Selain itu... Ia merupakan salah satu susu tepung isian kurang lemak, tinggi Kalsium dan mengandungi Omega 3:6. Kan baik tu... Hehe.
6 Comments
Bagus juga susu ni kan Fiza.. utk kurangkan kolestrol mmg OK.. nti boleh lah cuba...:)
ReplyDeleteSedap erk fiza. Daku minum horlick & milo jer. Blh lah beli utk tambah kalsium ☺☺
ReplyDeletebagus minum susu ni... tapi asik ngelat je..hhee
ReplyDeletesaya pun minum nestle omega ni.. sedap. =)
ReplyDeleteZura jugak salah sorang yg x suka minum susu. tapi masa mengandung dulu hubby suruh jugak minum susu anmum. tapi dia beli yg perasa coklat. kira ok lah, boleh lah masuk kt tekak nih. hehehe. kalo susu putih mmg susah nk masuk kat tekak nih..:)
ReplyDelete3 sudu besar bersama 200ml air?
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.