Assalamu'alaikum, hai...
Bahayanya strok haba... Boleh bawa maut. First time dengar pasal strok haba di berita tv3. Kena hati-hati musim panas ni.
Nampaknya... Kena banyak minum air dan kurangkan aktiviti di luar rumah... Kalau rasa nak pitam, kepala berdenyut-denyut... Tubuh sejuk semacam, berpeluh dan suhu badan naik sampai 40°C tu... Cepat-cepatla jumpa doktor... Tu antara tanda-tanda strok haba tau seperti yang diwar-warkan di berita.
Dijangka musim panas dan kering berlarutan hingga pertengahan bulan Mac. Huhu... Lama jugak tu. Nampak gayanya... Nak kena berjimat guna air. Takung air awal-awal... Dalam masa yang sama... Nyamuk membiak kena diperhatikan jugak... Almaklumlah... Sekarang ni... Peratusan demam denggi pun naik.
Bersama-samalah kita berdoa agar diturunkan hujan untuk membasahi bumi yang kering. Insya Allah...
2 Comments
1st time dengar...kita kena jaga kesihatan...elakkan aktiviti luar...minum air masak byk2
ReplyDelete1st time gak dgr strok haba ni. Kena minum banyak air.
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.