Assalamu'alaikum, hai...
Alhamdulillah... Akhirnya ada jugak masa untuk aku update blog. Budak-budak time umur duatigaempat tahun memang ada sedikit kenakalan. Namun... Andai betul didikannya. Insya Allah. Besar nanti takdelah nakal sangat kan. Hehe...
Macam si Syahmie anak buah aku ni. Dulu... Time umur setahun lebih. Pantang tengok Alia. Mesti nak buli dan marah Alia. Tapi... Sekarang bila dah umur 2 tahun 6 bulan. Dia dah boleh jadi kawan Alia dah. Kekadang je dia akan marah Alia. Alia pulak jenis selamba badak... Kena marah ke... Kena apa ke. Dia tetap cool tak nangis. Serius. Alia memang jenis yang sangat-sangat jarang menangis dan merengek. Sangat mudah kerja aku untuk menjaganya. Alhamdulillah... Dia ikut sikap ayahnya kot. Kalau aku... Masa kecik-kecik dulu. Mak kata... Jenis kuat merajuk dan manja. Jenuh nak jaga. Sian mak.
Bila takde budak. Sunyi pulak... Rumah kan. Di saat entri ni di publish... Aku dah sampai office. Tetiba rindu kat Alia. Minggu ni tak sibuk sangat kat office. Jaga budak exam untuk 3 weeks. Tu yang ada masa untuk update blog. Hehe...
3 Comments
Budak2 sllu mcm tu kan.. lama2 nti jadi kawan baik lah...:)
ReplyDeletenmpkmesra betul alis n sepupunya ni..bagus la alia ni jenis yg senang dijaga..untung fiza..boleh la cepat2 bg adik kt alia.haha
ReplyDeletedah boleh jadi geng la tu...
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.