Assalamu'alaikum, hai...
Seminggu yang lepas. Adik perempuan kedua aku dah start cuti bersalin. Due date pun semalam. Semalam mak ikut dorang pegi Betong... Beli tv. Tv kat rumah... Minggu ni buat hal. Nak tak nak... Kena tukar yang baru. Tapi kali ni... Beli yang 49 inci... Bayar kongsi. Haha.
Sampai di rumah kira-kira jam 6:30 petang. Dia bagitau kat emak. Dah keluar tanda nak bersalin dah... Actually... Tanda nak bersalin mudah je. Keluar darah, sakit yang konsisten. Macam adik aku. First sejam sekali. Then... Setengah jam sekali... Tanda nak beranaklah tu. Kalau aku dulu... Masa lahirkan Alia. Lain sikit... Banyak air yang keluar... Kata orang air ketuban. Pun... Tanda awal nak beranak jugak tu.
Alhamdulillah... Pagi ni. Masa nak turun kerja. Adik call bagitau yang dia dah selamat melahirkan anak perempuan di klinik Spaoh... Seberat 3kg 400g. Dia takde sebarang masalah... That why, boleh beranak di mana-mana klinik berdekatan tanpa perlu ke hospital.
Tak sabar nak balik kerja nak tengok muka dia. Lagi tak sabar nak jumpa Alia. Kalau aku kaya... Memang aku tak kerja. Huhu...
3 Comments
betul2..bukan aprilfool
ReplyDeletetahniah dear..
ReplyDeletejom terjah entri saya..free make over!
http://izyansyzwani.blogspot.com/2014/03/make-over-bernilai-rm350-untuk-blogger.html
tahniah buat sekeluarga..
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.