Assalamu’alaikum, hai…
Tanggal 26hb, birthday aku…
Nak dijadikan cerita... Pada hari yang sama jugak aku check-up untuk 3 bulan 2 minggu usia
kandunganku. Mean, dah masuk minggu ke-14 usia baby kita. Hehe… So, jam 3.00
petang aku dah mintak pelepasan dengan bos. Alhamdulillah… Diluluskan.
Sampai di klinik ibu dan
anak jam 4. Aku sorang je patient masa tu… Wah! Tak lamalah menunggu Nampak
gayanya. Check-up before ni HB aku 14.5. Tapi, check kali ni turun 11.8. Huhu…
Akibat minum tehla kot. Yelah! Lepas check-up sebelumnya… Hampir tiap-tiap hari aku
minum teh. Bukan takde pun susu Anmum hubby belikan. Tapi… Degil!. Nak buat
lagu mana… Dah kuasa teringin menguasai diri kan…
Nurse ada jugak tanya... Samada dah ada rasa ke tak pergerakan baby. Buat masa ni pergerakan baby taklah ketara sangat. Cuma... Kekadang ada jugak merasa macam kena jentik dan mengeras. Hurmmm... Semoga baby sihat hendaknya yer.
Balik dari klinik, hubby
kata nak ke Bandar Betong… Katanya nak mencari barang sekolah sikit. Tapi…
Instinct aku kuat mengatakan yang dia pergi untuk tempah kek harijadi aku.
Perasan kan. Tapi… Dalam hati mengharapkan sebenarnya apa yang aku fikirkan
memang betul.
Hehe… Kan betul. Balik-balik
je bukak pintu dia hulurkan kotak kek perisa blueberry. Sedap kemain lagi. Alia
siap duatiga kali mintak. Sabor jelah. Malas aku nak snap gambar comot Alia
makan kek. Kang ada yang geli. Haha… Hari ni kan first day puasa right. Hehe…
Apa-apa pun selamat
menunaikan ibadah puasa semua.
3 Comments
Selamat Berpuasa, semoga Ramadhan kali ni memberi lebih keberkatan buat Fiza sekeluarga..
ReplyDeleteAsslmkm kak.. Selamat berpuasa.. Lama x singgah sini.. Knal sy lg?? Waaaa, akk pun skrng ngah prgnt ya . tahniah kak.. :)
ReplyDeletewaa.. alia bkal dpt adik.. thniah kak.. :)
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.