Assalamu'alaikum, hai...
Lagi beberapa hari... Umat Islam di serata dunia akan menyambut bulan ramadhan. So, dikesempatan ini... Sementara aku tengah rajin nak update blog... Selamat berpuasa aku ucapkan. 


Sumber daripada google


Alhamdulillah... Ada 2 Buffered Earning tengah on going, so... Kenalah merajinkan diri update blog walaupun pada dasarnya aku sekarang ni malas sangat. Apa-apa pun, terima kasih kepada pihak nuffnang... Kerana berterusan memberi iklan buat blog jarang ber'update seperti aku. Hehe...

Entahlah... Semua benda aku malas nak buat sekarang ni. Dulu... Masa mengandungkan Alia... Kemain lagi... Dalam rumah pun bersolek... Betapa rajinnya aku masa tu. Sekarang ni... Secalit gincu pun takde. Sabar jelah...

Kekadang tu... Nak mandi pun malas. Makan lagilah... Nasib baik teringat yang dalam perut ada baby... Nak tak nak, malas atau tidak... Makan tetap kena makan. Anak tu... Siapa tak sayang anak. Pada aku anak adalah segala-galanya... Anugerah terindah dalam hidup yang membawa rezeki buat kita. Woseh!... Kata-kata... Seperti ayat dalam buku... Puitis dan dramatis!... Haha...

Bercakap pasal anak... Teringat pulak aku kisah budak oku baru-baru ni yang kena kurung dalam bilik. Serius! tak sanggup aku nak tengok. First aku tengok video dia di facebook yang mana kawan aku share... Tak sedar menitis air mata tau... Sian sungguh. 

Dalam dok malas nak update blog... Sekarang ni, rajin pulak hadap facebook. Haha... Apa citaq!