Assalamu’alaikum, hai…



Lama tak update pasal si dara manja ni. 18 Mei 2014 yang lalu, Genaplah usianya 2 tahun 3 bulan. Disebabkan badan tak berapa sihat… Jadinya, lansung aku tak update pasal dia dah. Sorry yer sayang…

Alia sekarang dah banyak cakap… Sampaikan jenuh aku nak menjawab. Ada saja dia nak Tanya. Sabo jelah… Namun, aku tetap happy bila melihat keletah Alia membesar di depan mata. Cepat kan… Budak membesar… Padahal, seperti semalam baru melahirkan dia.

Bila dapat tahu mengandung. Aku mula memberitahu Alia… Bahawa dalam perutku ada adik. Sekali Alia tarik baju aku… Seraya berkata “ Sikda Pun” (takde pun)… Terus… Mak ayah aku gelak sakan melihat keletah dia. Cerdik betul dia. 

Tapi… Serius… Masa adik aku dalam pantang haritu… Kemain Alia... Suka sangat nak mencium anak buah aku. Hari-hari nak cium. Harap-harap dapat adik nanti... Alia baik dengan adik. Hehe... Sebab ada jugak aku tengok budak-budak... Terutamanya anak sulung... Ada yang macam tak suka bila dapat adik. Tapi... Rasanya semua tu berlaku atas sebab didikan kita jugak sebenarnya kan...

Wallahu'alam...