Assalamu’alaikum, hai…
Semalam… Cleaner Office
time kemaskan meja aku. Woseh! Siap ada orang kemas. Takdelah mengemas sangat.
Atas meja aku bukannya ada benda or paper yang banyak mana pun... Just sebagai
syarat. Lap-lap sikit kasi blink… blink. Mhuaha…
Al-kisahnya… Sempatlah
berbual. Biasalah aku. Terasa pelik pulak kalau kita tak tegur orang yang lebih
tua right… Even takde modal untuk dibualkan sebenarnya. Namun, orang tua… Pasti
ada sahaja isu yang dibawanya. Hehe… Bukan mengumpat tau… Tapi pasal isu semasa.
Ceritanya kat kampung
dorang… Budak 8 tahun kena rogol dengan budak lelaki 16 tahun… Yang sedihnya…
Dahla kena cucuk dengan objek keras, lepas tu pulak dirogol. Subhanallah… Kejam
sungguh. Tapi syukur… Budak lelaki tu dah kena tangkap dengan polis. Padan
muka. Tu baru hukuman dunia… Belum lagi hukuman akhirat.
Tu lah… Masa on the way balik
kerja… Dalam kereta, aku ceritalah kat hubby pasal hal tu. Hubby pun turut risau
sampai dia dok kata. If Alia dah sekolah nanti… Sanggup pergi hantar dan ambik
sendiri katanya. Haha… Bersemangat sungguh. Tapi… Itulah hakikat zaman sekarang
ni, macam dah tak selamat. Nak tak nak kita seharusnya sentiasa peka dan
berwaspada.
Bila dengar cerita
sebegitu… Aku pulak jadi risau. Yelah… Alia semakin membesar. Pasti saban hari
akan memikirkan tentang keselamatannya. Hanya doa sahaja yang mampu aku lakukan
selain memberi kasih sayang dan menjaganya.
Ya Allah… Lindungi ahli
keluargaku daripada segala mara merbahaya Ya Allah. Hanya Engkau sahaja tempat
aku bermohon dan berdoa. Amin…
3 Comments
Subhanallah...semoga kita sekeluarga dilindungi dr perkara2 yg merosakkan...aminn..
ReplyDeleteSubhanallah...semoga kita sekeluarga dilindungi dr perkara2 yg merosakkan...aminn..
ReplyDeletemoga kita dijauhi dengan perkara perkara yang tidak baik ..
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.