Assalamu'alaikum, hai...
Before ni aku pernah review satu produk anti nyamuk yang berupa BuzzAway Patch... Berupa sticker pelekat di baju atau seluar. Memang berkesan. Serius! 



Tapi... Disebabkan di Betong susah nak dapat. Aku try tukar... Beli yang jenis lotion pulak... Iaitu off lotion. Actually dah 3 bulan lebih guna. Alhamdulillah... Pun bagus dan berkesan. Tapi... Untuk baby yang jenis suka hisap jari or jilat lengan (ada ke?)... Kena hati-hatilah... Sebab ia kan beracun. Aku sapu kat badan Alia petang... Lepas mandi. Biasalah... Kat kampung... Menjelang waktu maghrib... Mesti nyamuk pun berkampung kat rumah. Tak cukup losyen... Siap pakai yang elektrik lagi... Haha. Nampak sungguh anti dengan nyamuk kan. Yang elektrik... Dari aku kenal benda sampai jadi mak budak... Shieldtox tetap menjadi pilihan utama umah kami. Entah! Tak pernah tukar... Dah terbiasa guna yang tu kot. So, bila shopping barang rumah... Malas nak fikir, terus ambik jenama tu. Hehe...



Tengok kaki Alia... Kesan gigitan nyamuklah tu... Sian dia. Nasib baik sekarang dah nampak pudar.

Cakap pasal kena gigit nyamuk ni... Kulit Alia jenis kulit budak sensitif. Gigit nyamuk sikit... Confirm! Nampak tak cantik selang beberapa hari. Ada orang kata... Masa pregnant... Jangan banyak sangat minum air soya. Nanti bila baby keluar mesti kulit sensitif. Huhu... Benar atau tidak... Wallahu'alam. Tu orang katalah...