Assalamu'alaikum, hai...
Apakah kaitan pusat dan bayi dalam kandungan | Orang tua-tua memang banyak petua dan pantang larangnya. Kali ni Fiza nak berkongsi informasi tentang makna pusat ibu hamil yang tenggelam atau timbul. Sejauh mana kebenarannya... Wallahu'alam. Fiza share pun... Sebab dah duatigaempat orang jugak jiran dan rakan bagitau Fiza pasal benda ni.
|
Sumber gambar daripada google image |
Gini ceritanya. Jiran Fiza ni tanya... Pusat Fiza timbul ke tidak masa mengandungkan anak kedua. Malulah nak citaq kat sini kan. Haha... Jadinya... Fiza pun tanyalah kat dia... Kenapa? Tak elok ke?... Takdelah. Kalau ikut orang tua-tua zaman dulu... Jika pusat timbul time hamil... Tu tandanya kita mengandungkan bayi lelaki. Amin... Kalau benar bagai dikata... Tapi kita tak bolehlah nak percaya sangat. Itu semua ketentuan Allah...
Tu kisah masa Fiza mengandungkan Ain dulu. Baru-baru ni, Fiza terbaca di facebook berkaitan bagaimana perbezaan fizikal si ibu mengandungkan bayi perempuan atau lelaki. Antaranya, ialah :-
|
Beza pusat mengandungkan bayi perempuan atau lelaki |
|
Beza bentuk perut samada mengandungkan bayi perempuan atau lelaki |
|
Perbezaan pergerakan janin lelaki atau perempuan |
|
Kiraan degupan jantung siibu yang menunjukkan samada si ibu mengandungkan bayi perempuan atau lelaki. |
|
Perbezaan kulit si ibu bila mengandungkan bayi perempuan atau lelaki |
|
Perbezaan makanan kesukaan si ibu bila mengandungkan bayi perempuan atau lelaki |
|
Perbezaan penampilan samada si ibu mengandungkan bayi perempuan atau lelaki |
|
Perbezaan saiz makanan si ibu samada mengandungkan bayi perempuan atau lelaki |
Sumber : Facebook
Mungkin informasi yang Fiza kongsikan ini memberi
jawapan kepada persoalan yang mungkin bermain di benak seorang ibu yang sedang hamil. Sejauh mana kebenarannya, kenalah buat
scanning. Hehe... Namun, semua itu ketentuan Allah. Lelaki atau perempuan bayi yang di kandung, ia tetap amanah yang Allah titipkan buat kita untuk dijaga dengan sebaik yang mungkin.
Wallahu'alam...
8 Comments
first time dengar pasal pusat ni...
ReplyDeletepusat fiza timbul ke?hehe..sy dulu dua2 tak timbul pun..:)
ReplyDeleteerk.. rupa timbul tu macam mana? haha
ReplyDeleteBaru kali pertama dengar..tp PK anak laki perempuan dua2 tak timbul..tak kena la nmpknya kaitan pusat n baby tu..kebetulan mungkin.
ReplyDeletesaya pusat timbul...scan baby girl....
ReplyDeleteSamalah kita, maknanya semua tu kebetulan je kot.
Deletekalau kembar lelaki perempuan agaknya mcmna ya.. hehehe
ReplyDeleteKan! Hahaha... Macam Mana la kalau twin boy and girl. Pusat timbul ke Tak?
DeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.