Assalamu'alaikum, hai...
Di Sarawak, waktu Maghrib awal... So, berpeluang jugak nak menonton slot akasia jika nak. Semalam sempat jugak tengok episod 1 drama baru menggantikan rindu kamu 200%, maaf jika aku tak sempurna... Sambil layan karenah Alia.
Sumber gambar daripada google image |
Menurut yang aku survey di google... Maaf jika aku tak sempurna pun adaptasi daripada sebuah novel berjudul 'Maaf Jika Aku Tak Sempurna' hasil tulisan novelis popular Acik Lana. Tak silap ada 32 episod... Mean, akan bersiaran selama lebih kurang 8 minggu wei... Yakni Isnin hingga Khamis only.
Not bad lah jalan ceritanya even bagi aku pelakonnya aku tak minat sangat... For the first episode... Pada aku, Still suam-suam kuku... Biasalah... Plotnya wajib tayang pelakonnya dulu... Apa watak mereka?... Apa problem jalan ceritanya kan... Just pendapat aku saja na...
Ada jugak aku terbaca dari laman myinfotaip, sinopsis untuk jalan cerita maaf jika aku tak sempurna menceritakan tentang... Melina, anak gadis Datuk Zakri yang hanyut dalam keseronokan hidup sebagai anak muda ibukota. Pergaulan bebas dan sikap yang suka berlibur di kelab-kelab malam membuatkan Datuk Zakri dan Datin Maziah berasa risau. Pembelajaran dan kuliah-kuliah juga sering diabaikan gadis berusia 23 tahun itu.
Melina berubah menjadi anak gadis yang angkuh, sombong, lepas laku dan sering melawan apabila dinasihati. Atas sebab itu, Datuk Zakri terpaksa meminta pertolongan anak lelaki sahabat baiknya iaitu Luqman Haqeem untuk menjaga Melina. Luqman Haqeem adalah anak tunggal kepada Rashid dan Aliah yang tinggal di Cameron Highlands. Sekembalinya dari UK selepas menamatkan pembelajaran, Luqman bekerja sementara di kebun sayur milik keluarganya di tanah tinggi tersebut.
Atas rasa serba salah kerana jasa yang pernah diberikan oleh Datuk Zakri, Luqman akhirnya akur menerima tugas barunya sebagai penjaga Melina. Dia diarahkan menjadi pemandu dan juga pengawal peribadi bagi mengekang kebebasan terlampau yang selama ini dimiliki gadis itu. Pertelingkahan tercetus dan pergaduhan sering mewarnai pertemuan mereka berdua.
Bagi Melina, Luqman memang lelaki penyibuk yang diupah oleh ayahnya untuk mengongkongnya. Dia ke kelab malam, Luqman akan datang mengheretnya pulang. Dia berpeleseran dengan kawan-kawan, Luqman akan muncul menariknya pergi. Dia benar-benar bencikan Luqman!
Biarpun lelaki kacak itu menjadi rebutan gadis-gadis di kolejnya, semua itu belum mampu mengubah perasaan Melina. Baginya Luqman hanyalah seorang lelaki kampung yang tidak berpelajaran, berfikiran tertutup dan ketinggalan zaman. Biarlah setampan mana pun lelaki itu, Luqman tetap menjadi manusia paling dibencinya. Lebih-lebih lagi dengan sikap Luqman yang sering lantang mempersoalkan gaya hidupnya yang bebas. Dia sering cuba membebaskan diri dari kawalan Luqman namun seringkali gagal kerana lelaki itu lebih pantas menghidu niatnya.
Semuanya berubah apabila bapa Melina meninggal dunia dalam kemalangan. Dan kerana terpaksa, Melina dikahwinkan dengan Luqman. Apakah kesinambungan kisah mereka apabila Luqman dipaksa berkahwin dengan Melina?
Tu dia... Sinopsis maaf jika aku tak sempurna lakonan Fahrin Ahmad sebagai Luqman dan Sara Ali sebagai Melina. Hurmmm... Ikut sinopsis macam best kan... Harap-harap para pelakonnya mampu menghidupkan watak yang digambarkan... Insya Allah, ada kesempatan nak jugak tonton episod 2 Maaf jika aku tak sempurna ni. Hehe...

1 Comments
Asslmkm kak.. Sy kalau episod first selalu x bape layan.. Hehe..
ReplyDeleteDh 3-4 nti bru layan..
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.