Assalamu’alaikum, hai…
Alhamdulillah… Baru berkesempatan untuk update blog. Weekend starting hari Jumaat malam, kami sibuk melayan anak angkat emak datang dari semenanjung. Al-maklumlah… 6 tahun dah berlalu, tak sangka mereka masih ingat dengan kami. Actually, 6 tahun before ni kami lost contact… Hanya melalui Fb sahaja. Tu pun… Adik kedua bongsu aku yang selalu berhubung dengan dorang. Lagipun, mereka semua belajar di overseas. So, masing-masing dengan haluan masing-masing. Top… top, balik… Dorang pun dah bekerja rupanya. Baru berkesempatan berjumpa. Alhamdulillah...
Yang tak sangkanya… Mereka ada yang dah jadi jurutera dan pensyarah matrikulasi di Sarawak. Insya Allah… Lepas ni… Jika diberi kesempatan… Bolehlah selalu jumpa. Hehe…
Jika diimbas kembali… Bagaimana mereka boleh jadi anak angkat emak… 6 tahun yang lalu ada program anak angkat kenyalang di kampung kami. So, sebagai salah seorang ahli jawatankuasa kampung… Mak pun terlibat untuk mengambil anak angkat bagi program mereka yang berlansung selama seminggu. Semuanya dari semenanjung. Kebetulan, masa tu… Aku ada di rumah. So, bolehlah bantu mak menguruskan makan minum dorang…
Disebabkan lama dah tak jumpa… Banyak benda kami borak. Lepas dinner, confirm! Semua berkumpul di ruang tv… Duduk ala-ala zaman dahulu beralaskan tikar ‘daun bemban’. Hehe… Seronok aih! Bak kata dorang… Tiada yang berubah… Cuma, kali ni, dorang datang… Aku dah kawin dan dah ada anak. Ayah pun dorang baru jumpa kali ni. Mereka pun masih seperti dulu... Still single! Cuma mereka nampak sedikit kurus dari dulu. Biasalah… Kalau dah bekerja, makan minum pun tak terurus right.
Hurmmm… Hari ni dorang dah balik. Rumah pun kembali sunyi, tiada hilai ketawa dorang. Bilalah boleh berjumpa lagi kan?
3 Comments
In Shaa Allah, bakal berjumpa lagi tu...
ReplyDeleteyang jadi jurutera tu, best nyaa...
ReplyDeleteuntung mak fiza dpt anak2 angkat yg berjaya macam derang..tu yg best tu bila seskali jejak kasih..:)
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.