Assalamu'alaikum, hai
Harini tanggal 18 Oktober 2014, genaplah usia Alia 2 tahun 8 bulan. Alhamdulillah... Dia membesar bagaikan juara. Anak yang senang untuk dijaga. Tak banyak ragam... Cuma semakin banyak mulut bertanyakan itu dan ini. Kena bersabarlah menjawab soalannya.


Bila menjelang petang... Waktu hubby nak ambik aku balik kerja. Mesti nak ikut. Nak pergi kfc katanya. Tapi... Biasanya kami 3 beranak lebih suka pegi sugarbun. Lagi sedap ayamnya. Hehe... Sempat jugak hubby tangkap gambar Alia yang dok sibuk suruh ayah ambik gambar. Konon selfie katanya.

Makin besar makin bijak. Alhamdulillah... Boleh diharap dah kalau kita mintak tolong. Kekadang tu... Dah reti hantar pinggan sendiri lepas makan ke sinki. Benarlah kata orang yang dah berpengalaman beranak ramai... Nak didik anak agar berdisiplin, kenalah dari peringkat bayi... Hasilnya duatiga tahun nampaklah nanti. 

Alhamdulillah... Terima kasih ya Allah, kerana telah mengurniakan seorang anak kepada kami yang cukup menyenangkan hati. Semoga baby yang kedua juga lahir dengan sihat dan sempurna. Amin...