Assalamu'alaikum, hai
23 Oktober 2014 iaitu dua hari yang lepas... Seperti biasa... Aku akan buat pemeriksaan kehamilan di klinik kesihatan berdekatan dengan kampung aku. Alhamdulillah... Dah masuk minggu ke-31.


Kalau before ni... Berat badan aku naik mendadak. Tapi... Checkup kali ni, berat aku maintain 56.5kg. Lansung statik... Tak naik! Hairan... Pelik. Kenapa jadi macam tu yer? Nurse kata... Next checkup, if berat still tak naik jugak... Aku kena refer doktor. La, sudah... Naik susah, tak naik pun susah.

Sekarang ni... Tu jelah masalah yang aku hadapi. Yang lain... So far, takde masalah. Still maintain. Nampak gayanya... Kena makan banyak balik la ni. Haha...