Assalamu'alaikum, hai ♥
27 Oktober 2014, harini hubby mintak cuti sebabnya aku takleh nak mintak cuti. Adik ada interview juruteknik komputer di Kuching... Mak ayah pulak dah 2 minggu di Kuching... Adik bongsu aku kena bedah... Patah tangan gara-gara jatuh moto. Alhamdulillah... Sabtu pagi, dia dah selamat dibedah. Habis interview pagi ni, adik aku terus balik... Sebab esok hubby ada kursus... Aku pun sama. Masuk office.
Oleh kerana takde orang jaga Alia... Hubby offer diri mintak cuti harini. Huhu... Nilah first time, Alia dijaga oleh ayahnya. Risau jugak nak tinggalkan dia dengan ayahnya. Entah boleh ke tidak hubby uruskan Alia. Tapi... Aku kena percayakan dia jugak. Alia pun anak dia. Mustahillah dia lalai dalam menjaga anak sendiri right.
Seawal jam 4 pagi aku dah bangun... Sediakan apa yang patut termasuklah kemas rumah dan sidai pakaian. Bab bancuh susu... No hal, sebab hubby ringan tulang... Selalu tolong aku bancuhkan susu Alia... Nak-nak dah masuk trimester ketiga ni... Dia banyak membantu aku.
Sepanjang kat office dah 3 kali call rumah. Tanya Alia dan hubby. Haha... Al-maklumlah, first time hubby jaga Alia.
2 Comments
kadang2 kena juga bg hubby jaga anak bagi dieorg merasa kan? hehe...
ReplyDeleteKak, suami kna jgk tlng jga ank.. Bru dia thu susah ke senang ragam ank tu.. Hehe
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.