Assalamu'alaikum, hai...
Salam aidiladha. Alhamdulillah... Selepas jemput jiran makan. Baru ada masa nak hadap gadget bagai. Konon misi nak balas blogwalking. Singgah di blog milik seorang blogger baru 18 hari bergelar mama. Kalau sudi... Jemputlah singgah DI SINI.
Sekarang dia still dalam berpantang. So, banyaklah pengalaman yang dia nak share termasuklah berkenaan dengan berpantang makan.
Bercakap pasal pantang makan. Huhu... Satu fasa yang terpaksa memerlukan kesabaran yang tinggi untuk elakkan kesan di kemudian hari. Aku dulu, masa lepas melahirkan Alia dan dalam pantang. Memang berdisiplin habis. Kalau tak... Mesti kena bebel dengan mak.
Paling lama aku berpantang ialah ais. Setahun lebih umur Alia... Barulah aku back to normal minum air ais. Tu pun berpada-pada. Biasalah... Takut punya pasal. Biasalah orang tua. Macam-macam cerita pasal tak berpantang makan. Jadinya... Aku jadi takut nak dengar. Haha...
0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.