Assalamu'alaikum, hai ♥
Cerita basi ku coretkan jua. Haha. Alhamdulillah... 20 November 2014, last untuk aku checkup 2 minggu sekali. This week dah start checkup seminggu sekali bermula 27 November ni. Mean... Tak lama lagi baby dah nak keluar. Ya Allah... Debaran kian terasa... Semoga semuanya dipermudahkanMU Ya Allah...
Seperti biasa... Jam 3 petang aku keluar office dengan mintak kebenaran ketua jabatan. Sampai klinik... Seperti kelaziman... Queue tetap ada... Around jam 4 lebih gitu... Aku dipanggil. Dek kerana malas nak kencing di klinik. Aku bawak sample sendiri. Senang cerita... Masuk terus check urine then timbang berat... Alhamdulillah... Naik normal 900gram. Jadinya... Berat aku untuk 35 minggu usia kandungan adalah 59.3kg. Hb pun ok... Kali ni naik jadi 13 pulak dah. Banyak makan kacang bendi dan ikan bilis goreng kot... Tu yang hb naik cantik. Alhamdulillah... Tips naikkan hb mak berhasil rupanya.
1 Comments
salam ziarah
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.