Assalamu'alaikum, hai ♥
Semalam, lepas mandi... Alia mintak ayah dia tukarkan channel tv ke channel 618... Semestinya channel paling budak suka. Channel baby tv. Tetiba ayah dia tertekan channel 619.
Haihhh... Channel ZooMoo?. Aku pulak rasa pelik. Channel baru di Astro ke? Ke aku yang tak perasan akan kewujudannya. Yelah... Sejak akhir-akhir ni, aku mudah beno kepenatan... Jadi jarang nak melayan tv... Seawal jam 9 dah tebongkang tido. Haha...
Bila aku google, rupanya Astro tengah promosi 10 channel baru... 3 bulan tayangan free. Lepas 3 bulan... Siapa berminat, bolehlah melanggan.
Actually... Channel tu ala-ala kartun dengan real mengenai binatang. Apalagi... Si Alia bila tengok benda baru. Tak habis-habis melontarkan pertanyaan... Apa tu mak?... Apa tu mak? Nak-nak binatang yang dia tak tahu. Sabar jelah menjawab setiap pertanyaan dia. Benda baru... Mesti budak suka... Ye tak?
Tapi kan... Pada pendapat aku... Kalau dah banyak sangat channel, lepas tu... Asyik ulang benda yang sama je... Perasaan menonton tv pun dah kelaut. Seriously... Sejak akhir-akhir ni, aku lansung tak tengok tv. Macam malas dan jemu dah...
0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.