Assalamu'alaikum, hai
Dah menjadi lumrah kehidupan zaman sekarang, kartun dan kanak-kanak ibarat lagu dan irama... memang tak dapat nak dipisahkan. Namun, pengisian sesuatu cerita itu juga harus kita ambik kira sebelum membenarkan anak-anak untuk menonton. Maybe, ada yang berpendapat....Aku terlalu rigit sehingga semua itu perlu dititikberatkan. Perlu ke?

Pada aku, ia memang perlu...

Takpelah... Biar dari awal, asal jangan nanti dah terbiasa menonton benda tak elok. Ia menjadi ikutan. Al-maklumlah... Budak umur Alia memang mudah sangat nak mengikut. Sel otak tengah berkembang pesat kan... Bak kata Wardina dalam iklan Susu Anmum... Haha. Tak percaya... Alia pun dah terpengaruh sekarang ni... Nak tahu ceritanya, aku kongsikan DI SINI.

Berbalik kepada cerita aku... Terdapat sebuah kartun di tv saluran ceria yang cukup aku tak suka nak bagi Alia tengok... Iaitu kartun Hagemaru. Kenapa?... Sebab aku tak suka akan perwatakan Hagemaru yang banyak nilai negatif berbanding positifnya. Kedekut taik hidung masin.


Sumber gambar daripada google image

Memanglah berjimat cermat itu amalan mulia. Kalau dah terlebih berjimat... Menyusahkan kehidupan orang lain... Pun, tak elok jugak. Betul tak? 

Selain itu, terdapat jugak unsur-unsur lucah diselitkan dalam plot ceritanya... Sampai ada adegan Hagemaru telanjang menampakkan tut... tut. That why aku tak nak bagi Alia tengok kartun Hagemaru. Ala... Maybe ada yang kata... Sikit je pun. Takpelah. No... No... And no. Lagipun, banyak lagi rancangan baik untuk ditonton... Contohnya di saluran BabyTv dan ZooMoo. Tinggal nak atau tidak untuk kita pilih. Pilihan ada di tangan kita right.