Assalamu'alaikum, hai ♥
Harini 18 Disember 2014... Umur Alia pun dah menjangkau 2 tahun 10 bulan. Sikit hari nanti... Akan jadi kakak. Insya Allah dengan izin Allah S.W.T.
Dalam meniti usia yang lagi tinggal sebulan untuk genap 3 tahun usianya. Banyak benda yang berlaku dan berkembang dalam dirinya. Nampak dah ciri-ciri sorang kakak. Makan pun... Boleh berdikari. Selesai je makan... Dia sendiri akan hantar pinggan ke sinki. Cumanya... Aku atau hubby akan ekori dari belakang. Yelah... Budak-budak kan. Kang... Tak ikut. Mahunya segala benda tajam dia nak main.
Semakin aktif sehinggakan aku pulak penat melihat karenahnya. Tapi penakut orangnya. Hehe... Kalau dia tidur dengan aku. Bila aku kata... "malam ni Alia tido sorang-sorang ye".... Cepat-cepat dia menjawab dengan nada nak menangis "ishhh! Janganlah mak". Haha... Aku suka sakat dia, lagi bila dia petah bercakap. Ada saja jawapannya.
2 Comments
Comelll.. dah bijak dah dia.
ReplyDeletedia tau kot dia nak jadik kakak dah. hehehe
hihihi...anak sy 2 tahun 4 bulan pun da x larat nak tengok dia aktif macam2. Alhamdulillah... :)
ReplyDeleteainniah.com
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.