Assalamu'alaikum, hai ♥
Sumber gambar daripada google image |
Umur dah pun melepasi 30-an... Pastinya saban hari... Berjumpa dan mengenali sahabat baru dalam kehidupan. Tapi sejauh mana keikhlasan persahabatan itu... Amat susah untuk dirungkaikan. Betul tak?
Lebih-lebih lagi pada zaman yang penuh pancaroba ini. Kekadang... Ada yang sudi berkawan pun, di depan kita bukan main lagi... Pijak semut pun tak mati. Namun, di belakang kita... Habis sana-sini update status facebook mengata dan mengutuk. Adakah itu nilai sebuah persahabatan sekarang.
Pendek kata... Dalam mencari kawan. Kita harus berhati-hati. Kekadang ada kawan makan kawan. Ada musuh dalam lipatan. Tapi... Gembirakah kita menjadi sahabat yang hipokrit? Berkawan atas keperluan bukannya kehendak naluri yang ikhlas...
Apa-apa pun... Selamat bekerja pada yang turun kerja pagi ni. Hari ni dah 1 Disember... Maknanya tak lama lagi melangkah ke tahun baru... Sama-samalah kita memperbaiki diri agar menjadi manusia yang lebih optimis dan berfikiran positif.
1 Comments
biasalah tu fiza,kawan tu ramai,yg nak jadi sahabat ssh senang tu ssh nak cari..macam muni sejak dh kawen mmg takde kawan rapat pun..kawan opis n kawan2 masa sekolah dulu je!selebihnya berkawan dengan anak n suami je la..:)
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.