Assalamu'alaikum, hai
Kalau entri sebelumnya berkisar tentang situasi di hospital... Cerita kali ni pulak yang aku nak kongsikan pun berkaitan dengan kesihatan. Mungkin... Info yang sikit ini memberi manfaat kepada yang menghadapinya. Mana tahu kan... Lagipun tak salah kita mencuba selagi tak memudaratkan... Right!

Semalam aku ada terbaca satu info berkaitan dengan cara mudah untuk kurangkan asma kanak-kanak di dalam majalah iSIHAT. Pada ibubapa yang mempunyai anak yang menghidapi asma bolehlah mencuba. 


Sumber daripada google image

Caranya mudah sahaja... Iaitu dengan mengamalkan pengambilan pisang di dalam diet harian. Kanak-kanak yang makan sebiji pisang dikatakan berisiko kurang 34% diserang simptom asma. Ini berdasarkan keputusan penyelidikan dari Kolej Imperial London yang telah mengumpul data daripada 2640 kanak-kanak berusia 5 hingga 10 tahun. 1 per 3 daripada mereka yang ambik pisang dikatakan kurang berdepan dengan masalah pernafasan.

So, apa salahnya kan kita mencuba. Mana tahu dapat mengurangkan asma anak-anak right.

Selain tu, untuk pengetahuan kita bersama... Anak-anak yang sejak kecik diperkenalkan pisang juga dikatakan berisiko rendah diserang leukemia. Malah sangat bagus untuk mengekalkan memori dan meningkatkan mood anak-anak.

See... Betapa berkhasiatnya buah pisang kepada anak-anak tau :)