Assalamu'alaikum, hai ♥
Balik dari checkup minggu ke-38, malam tu aku semalaman sakit perut. Kontraksi hilang dan datang selang setengah jam... Tapi takde sebarang tanda nak bersalin pun. So, aku ignore kan jelah sampaila ke pagi... Tapi, serius... Malam tu aku tak boleh nak tidur. Namun... Aku tak bagitau hubby dan mak pun.
Sehinggalah pagi jumaat menjelang tiba... Around 11 pagi... Aku dah tak tahan dah. Terus bagitau emak but still belum ke klinik. Sebab takde tanda pun nak bersalin. Tapi... Kontraksi semakin kuat selang 20 minit... Jam 3 petang gitu. Cuma lendir je keluar. Aku terus ajak hubby dan mak ke klinik berdekatan. Sampai di klinik. Check bukaan... Alhamdulillah... Dah 4cm. Around 7 malam... Bukaan semakin bertambah ke 6cm... Sakitnya Allah sahaja yang tahu... Sampai 1 tahap aku terasa seperti nak meneran.
Alhamdulillah... Jumaat, 8:55 malam lahirlah puteri kedua kami secara normal dengan berat 2.85kg. Muka seperti Alia... Haha, cuma membezakannya ada lesung pipit di sebelah pipi kanannya.
Dengan kata sepakat... Nama pun hubby dah sediakan. So, nama puteri kedua kami ialah Nur Ain Haziqah yang bermaksud cahaya bijak pandai yang tinggi.
Alhamdulillah... Syukur ke atas anugerah yang Allah berikan. Insya Allah... Habis pantang nanti aku kongsikan gambar dia yer. Hehe...

3 Comments
Waa..da bsalin da fiza :-) tahniah ye :-) xsbr nk tgk baby..
ReplyDeletedah bersalin ye fiza..tahniah..sukalah alia dpt adik..girl pulak boleh buat geng..:)
ReplyDeleteAlhamdulillah. Tahniah. Selamat berpantang dan selamat menyusukan baby.
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.