Assalamu'alaikum, hai ♥
Alhamdulillah... Semalam dah hari ke-10 aku dalam pantang dan masih lagi mengikut tarikh untuk tujuan lawatan posnatal.
Semalam... Berat Nur Ain naik lagi... Iaitu 3.1kg. Jaundis dia pun dah turun banyak... Iaitu dari 8.0 turun kepada 6.1. Alhamdulillah...
Cara mudah untuk mengatasi jaundis yang aku amalkan hanyalah memberi Nur Ain susu badan selang 1 atau 2 jam. Semakin kerap bayi menyusu, Semakin kerap bayi berak atau kencing... Insya Allah kuning akan turun. Then, ikut pesanan nurse... Jangan makan halia, kunyit atau ubat berempah selagi anak ada jaundis.
Teringat pulak time Alia dulu... Macam-macam petua yang aku guna termasuklah makan anggur hitamlah, anggur hijaulah... Minum air laicilah, mandikan dengan agar-agarlah... Minum air susu kambing yang fresh diperahlah... Tapi jaundis Alia makin naik adalah.
Hakikatnya... Dengarlah nasihat doktor dan banyakkan berdoa agar diberi kesihatan yang baik kepada anak kita. Tak semestinya petua yang orang syorkan kepada kita serasi. Baik dengar kata hati sendiri. Lagi elok...
Wallahu'alam...

4 Comments
Alhamdulillah, Fiza dah selamat bersalin... tahniah... betul tu petua tak semestinya serasi... oleh itu yang penting dengarlah nasihat doktor
ReplyDeletesemoga juandia nur ain semakin hilang
ReplyDeletemandi dengan agar-agar?1st time dengar huhu betul tu better dengar nasihat doktor dan berdoa
ReplyDeleteanak2 zura pon kena kuning. paling teruk My Anis. Delisha sekejap jer.. lepas bg air anggur hitam trus turun kuning dia. :)
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.