Assalamu'alaikum, hai ♥
Hubby memang sorang yang ringan tulang. Suka bantu aku buat kerja rumah tanpa disuruh. Namun... Aku tak pernahlah nak ambik kesempatan di atas kebaikan dia. Lagi bila aku pregnant. Dia jaga aku... Seperti ditatang minyak yang penuh.
Pagi tadi... Time breakfast, disebabkan Alia suka makan keropok... Hubby siap goreng keropok satu balang buat anak daranya. Actually... Keropok ikan tersebut biasanya adik ipar aku dari Perlis bawak. Alia cukup suka makan keropok goreng. Tu yang kekadang kalau dah habis stok... Pesan adik ipar je suruh beli. Kat Sarawak susah jugak nak dapat keropok ikan ori seperti di semenanjung. Lagipun... Alia dah reti memilih... Kalau keropok goreng tak sedap. Berbulan-bulan pun keropok dalam balang... Jangan harap dia nak hadap makan.
Tapi... Kalau keropok yang adik ipar aku bawak dari semenanjung. Fuh! Nampak je, mesti mintak. Bak kata Alia... "sedap mak". Haha...
Tapi... Kalau keropok yang adik ipar aku bawak dari semenanjung. Fuh! Nampak je, mesti mintak. Bak kata Alia... "sedap mak". Haha...
4 Comments
Rumah zura pon selalu ade stok kopok keping nih. bila balik kampung kat terengganu mesti borong kopok wat stok. hehehehe
ReplyDeletehuih sebalang..kat rumah ti pun anak-anak suka makn keropok ni..goreng sebalang..sekejap jer hanis..huhu..tapi ti kat terengganu..senanglah nak dapat...
ReplyDeletealahaiii cute je alia ni :)
ReplyDeleteALhamdulillah dikurniakan suami y ringan tulang.. mmg best kunyah keropok..sedar2 licin
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.