Assalamu'alaikum, hai
Seperti biasa di penghujung trimester ketiga, di saat menunggu hari kelahiran bayi... Para ibu akan membuat checkup antenatal seminggu sekali untuk mengetahui perkembangan bayi dalam kandungan.

Last week... 4 Disember merupakan second checkup seminggu sekali untuk aku. Alhamdulillah, semuanya dalam keadaan yang baik. 


Seperti biasa jugak, setiap kali checkup... Aku akan ditemankan oleh hubby. Sementara menunggu aku buat pemeriksaan tu, dia suka baca brochure kesihatan yang disediakan di kaunter pendaftaran. Then, nak dijadikan cerita... Masa dalam kereta on the way balik rumah... Dia hulurkan brochure lengkap mengenai penyusuan bayi dengan aku. Wah! Sangat lengkap infonya... Daripada cara yang betul menyusukan bayi hinggalah HIV dan Penyusuan susu ibu. Serius memang lengkap. Insya Allah, ada masa... Nanti akan aku kongsikan satu per satu info mengenainya di sini yer...

Sebenarnya, kalau kita rajin nak baca brochure yang disediakan di sesebuah organisasi. Semuanya tercatat di situ. Kalau macam aku, serius jarang nak ambik bahan tersebut kecuali hubby. Pegi mana-mana waima supermarket... Sampaikan flyers diskaun barangan pun dia ambik. Tapi... Memang baguslah. Nanti nak beli barang senang dah tahu harga dan bila ada promosi. Sekarang lagilah... Barang mahal! Nak tak nak, kena jugak belajar berbelanja secara berhemah. Betul tak?