Assalamu'alaikum, hai ♥
Sedang aku sibuk melayan karenah cik Ain yang manja memanjang... Si Kakak pulak dok sibuk main pen warna.
Entah! Dia tengok siapa entah... Siap warnakan kuku lagi. Alahai... Sabar jelah. Lagi beberapa hari usia dia masuk 3 tahun dah. Bila orang tanya umur berapa... Dia dah boleh bagitau dah... 3 tahun. Biasalah... Si ayah yang mengajar. Sebut full name pun dah reti. Budak panjang akal memang gitu. Silap ajar, padah jawabnya.
Pagi tadi... Seawal pagi dia dah nyanyikan lagu selamat harijadi. Nak menuntut kek harijadi daripada ayah dialah tu. Bercakap macam orang dewasa dah. Mungkin faktor dia berkawan dengan adik-adik aku kot... Dan jarang keluar rumah... Tu yang gitu.
1 Comments
Pandai kak Alia.budak klu dah biasa bergaul dengan orang besar, cakap pun macam orang tua.tapi bagus fiza untuk perkembangan bahasa dia.
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.