Assalamu'alaikum, hai
Kalau tak kisah Ain... Kisah Alia pasti ada. Dalam meniti usia 3 tahun. Alia semakin nampak berdikari. Dia berupaya menanggalkan pakaiannya sendiri... Walaupun untuk memakaikannya semula mengambil masa yang agak lama. No hal... Lama-lama nanti bila dah terbiasa... Mesti boleh punya. Tiap kali lepas mandi... Mesti buat aksi nak sikat rambut sendiri.


Alia jugak semakin banyak bertanyakan soalan. Kalau tak dijawab... Siap! Sampai duatigaempat kali dia akan tanya soalan yang sama. Bersedialah untuk menghadapinya. Haha...

Part belajar... Tiada paksaan. Namun... Membanggakan. Alia dah boleh mengira satu sampai sepuluh dengan cepat tanpa tersekat-sekat. Sangat mudah bergaul orangnya... Bila part tengok tv... Hadoi! Pening jugak dibuatnya... Asyik nak tengok channel ceria saja kaedahnya. Untuk elak daripada menonton tv terlalu lama... Hubby selalu alihkan perhatian dia buat aktiviti lain.

Anak oh anak. Bermacam-macam ragam.