Assalamu'alaikum, hai ♥
Beberapa hari yang lepas heboh kan pasal Milo tiruan berikutan berita di tv dan malah menjadi viral di sana sini... Di mana terdapat dakwaan Milo tiruan telah dijual di pasaran selepas tersebarnya video individu yang sedang mengisi paket Milo yang dijalankan di rumah sendiri, sebaliknya bukannya di kilang.
Berikutan itu, pihak berkuasa, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan Negeri Sembilan, KPDNKK berjaya merampas produk Milo tiruan tersebut dengan nilai rampasan RM250,000 dalam serbuan di sebuah taman perumahan mewah di Mantin Negeri Sembilan.

Lantaran itu, Milo Malaysia menerusi laman facebooknya, memaklumkan cara mudah untuk mengetahui perbezaaan antara Milo asli dan Milo tiruan adalah berpandukan cara bungkusannya.
"Bungkusan produk Milo tulen dibungkus dan dipotong mengunakan mesin. Oleh itu bahagian atas bungkusan tersebut tidak mempunyai gerisi yang jelas atau sempurna."
Sumber Info : http://sweetyzhanieyz83.blogspot.com/2015/09/filem-girlfriend-kontrak-di-pawagam-24.html?m=1
0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.