Assalamu'alaikum, hai ♥
Sekarang ni musim kering. Panasnya sangat-sangat terik. Aku yang dewasa ni pun rasa tak selesa. Inikan pulak budak kecik.
Sekarang ni... Ain menyusu tersangatlah kerap. Maybe haus disebabkan cuaca panas. Kalau tak mandi tiga kali sehari... Ain pasti tak boleh tidur.
Alia pulak... Kerap minum air kosong. Kalau ke dapur... Mesti ke arah water dispenser jadi tumpuan. Kat situ aku dah letak gelas plastik awal-awal... Alia dah reti ambik air kosong sendiri. Bila belah petang... Selalu pulak mintak dibelikan aiskrim. Sabar jelah...
Hubby... Dalam rumah pun... Dia buat bekal dalam botol 1.5 liter... Haha. Malas nak ulangalik... Di mana dia duduk. Di situlah ada bekas air. Haha...
1 Comments
kami dan botol air mmg tak dpt dipisahkan tau fiza..hari tak panas pun mmg sorg satu botol kt rumah!hehe..
ReplyDeleteTerima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.