Assalamu'alaikum, hai
Tiga hari yang lepas... Encik suami belikan buah oren yang tak berapa nak manis. Apalagi... Aku makanlah 3 biji. Adoi! Tak ingat yang Nur Ain menyusu badan.


Nak dijadikan cerita... Malam aku makan. Siangnya Nur Ain berak sampai 7 kali. Allah... Kerapnya. Tekstur najis pun berubah. Last... Nampak macam pudar. Tapi... Nur Ain still aktif dan tetap kuat menyusu.

Namun... Hati ibu mana yang tak risau. Dalam hati aku. If hari berikutnya still gitu jugak. Wajib bawak Nur Ain jumpa doktor.

Alhamdulillah. Hari berikutnya. Kembali kepada yang normal. Aku cakap kat mak. Tu la mak kata... Menyusu badan ni... Part makan kena hati-hati. Tak semua makanan boleh makan. Aku akui. 

Sebenarnya... Ada beberapa jenis makanan perlu dielakkan semasa menyusukan bayi. Cumanya... Kekadang, bila nafsu makan menguasai diri... Lansung tak ingat.

Tapi kan... Mak ada jugak bagitau. Mungkin Nur Ain nak beralih bulan. Tu yang kerap berak. Pernah dengar tak pasal beralih bulan... Logik tak?