Assalamu'alaikum, 
hai

Pucuk Ubi Tumbuk Cara Sarawak | Dah lama rasanya tak update pasal makanan. Sesekali apabila ada kelainan... Teringin jugak nak berkongsi cerita mengenainya. Hehe...


Makanan Sarawak

Pucuk ubi bukanlah sayur yang pelik dan sudah semestinya ramai yang makan atau dibuat ulam. Tak tahulah kalau kat tempat lain. Kalau di Spaoh, Sarawak... Ia terkenal dengan 'pucuk ubi tutok' iaitu ditumbuk menggunakan lesung batu. Cara membuatnya goreng... Dicampurkan dengan belacan, lengkuas, bawang putih, cili, bawang merah dan pusuk. Then... Jangan lupa letak garam dan ajinomoto sebagai penambah perisa.

Walaupun simple, Alia sangat menggemarinya. Makan nasi berlaukkan ubi saja pun... Alia berselera. Tapi... Kalau rumah mak mertua aku... Dorang tak reti makan kalau buat gini. Pernah sekali aku buat... Huhu, aku sorang je layan. Lebihnya rezeki tong sampah. Salah aku jugak... Ingat semua tempat sama ke. Biasanya dorang buat masak tumis je. 

Pucuk ubi actually banyak khasiatnya... Tapi tak boleh selalu makan. Selain tu... Kalau nak dibuat ulam kena rebus terlebih dahulu... Sebab, ada orang kata ia boleh menyebabkan sakit perut. Betul ke tidak... Wallahu'alam.