Assalamu'alaikum
Pantang tengok iklan... Pasti tertarik. Itulah Encik suami. Lately, dia pun turut layan drama slot Iris terbaru di tv3 yang berjudul Suami sebelah rumah... Di mana setiap kali iklan pasti muncul Super Coffee.


Semalam balik dari mengajar, hubby sempat beli Super Coffee yang 3 in 1 dengan harga sebelum GST, RM7.90. Hehe... Dalam sebungkus tu ada 30 paket kecik. Bolehlah untuk minum sebulan. Haha...

Aku tak minum coffee semenjak ada Nur Ain... Breastfeeding kan. Takut pulak effect kat Nur Ain. Hubby kata sedap jugak super coffee. Tak manis sangat. Bolehlah tu... Menepati selera anak tekak dia yang kurang manis.

Nanti kalau dah abis. Mesti dia repeat beli. Dah tahu sangat dah perangai dia. Hurmmm... Tu pasal super coffee. Pasal suami sebelah rumah pulak. Minggu ni, minggu akhir... Mean, khamis ni adalah episod terakhir untuk suami sebelah rumah. Aku tak ikut sangat perkembangan drama tersebut. Tengok pun macam chipmore. Kejap tengok, kejap tidak. Tapi biasanya... First and last episode aku mesti tengok. Selalu gitu. Haha...