Assalamu'alaikum
Walaupun sibuk dengan kerja seorang ibu... Boleh lagi nak menonton episod 11 hati perempuan. Rupanya semalam punya episod iaitu episod 10, event yang paradigma buat adalah untuk meraikan birthday Tengku Zaril. Tapi Yuhanis tak tahu pun yang event itu adalah untuk meraikan harijadi Tengku Zaril. 


Walaubagaimana pun, Kehadiran Daniel Idrus membuatkan Yuhanis tidak keruan. Takut nanti diketahui oleh Tengku Zaril. Manakala Tengku Zaqif pula tidak berputus asa untuk mendapatkan Cikgu Edriana. Namun, permintaannya untuk menjadikan Cikgu Edriana sebagai kawan masih lagi tidak diterima oleh Cikgu Edriana.

Suatu hari semasa berada di padang golf, Tengku Zaril terlanggar Daniel sehingga menyebabkan mereka sedikit bertegang urat. Tengku Zaril berasa tidak puas hati terhadap Daniel... lebih-lebih lagi mengetahui Daniel adalah anak kepada Tengku Idris iaitu sahabat baik kepada ayahanda Tengku Zaril.

Bila di rumah suatu malam... Tengku Zaril balik daripada office terserempak dengan bonda dan ayahandanya sehingga membuatkan ayahanda dan bondanya menasihati Tengku Zaril supaya membawa Yuhanis pergi honeymoon melihatkan keadaan mereka seperti bukan pasangan baru berkahwin yang asyik sibuk memanjang dengan kerja office. Tetiba Yuhanis muncul menyelamatkan keadaan dengan bertanya kepada Tengku zaril ada ke tidak dia belikan barang yang dia pesan. Padahal itu cuma helah untuk mengelak daripada ayahanda dan bonda mereka membebel.

Paling sweet bila Tengku Zaril meminta Yuhanis memanggilnya dengan panggilan B. Sudahnya Yuhanis akur dengan permintaan suaminya. Haha...

Episod 11 tamat dengan edegan pergaduhan antara Daniel dan ayahnya sehingga menyebabkan ayahnya keluar dari rumah. Suatu ketika sedang Daniel berbual dengan ibunya satu panggilan telefon di terima menyatakan ayah Daniel meninggal dunia. Apakah punca kematian ayah Daniel?... Kenalah tengok episod 12 hati perempuan malam ni. Haha...

Tonton online episod 11 Hati Perempuan : DI SINI