Assalamu'alaikum
Sementara masih mengikuti drama hati perempuan, apa salahnya kongsikan sinopsis setiap hari di sini. Haha... 

Sumber daripada google image

Sambungan kisah kematian Tan Sri Idris iaitu ayah kepada Daniel Idrus dalam episod 11. Rupanya kematian ayahnya adalah disebabkan oleh kemalangan... Perkhabaran berita sedih itu juga turut membawa Tengku Zaril dan Yuhanis untuk pergi menziarahi keluarga Arwah. Namun, ia mengundang reaksi serba salah di muka Yuhanis.

Sampai di rumah Tan Sri Idris... Tengku Zaril terus duduk untuk bersama-sama membacakan surah yasin. Manakala Yuhanis pula still berada di hadapan pintu seperti takut untuk masuk... Sambil mengimbau kenangan lalu ketika bercinta dengan Daniel Idrus. Di mana dia pernah datang ke rumah tersebut. Namun, hubungan cinta mereka tidak direstui malah Yuhanis jugak turut ditampar oleh ibu Daniel kerana mereka beranggapan bahawa Yuhanis inginkan kemewahan yang dimiliki oleh Daniel Idrus... Walaubagaimana pun, sebaik sahaja melihat Yuhanis... Ibu Daniel Idrus terus memeluk Yuhanis dan memohon maaf di atas apa yang telah berlaku sebelum ni. 

Melihat kemesraan di antara mak Daniel Idrus itu... Tengku Zaril seperti mencurigai hubungan mereka dengan Yuhanis. Oleh yang demikian, Tengku Zaril telah mengupah seorang lelaki untuk menyiasat hubungan Yuhanis dan Daniel Idrus.

Dalam masa yang sama... Daniel juga mahu design projek yang dibuat oleh Yuhanis untuk projek syarikatnya. Namun, Yuhanis menolak projek tersebut apabila mengetahui client yang inginkan design projek tersebut adalah Daniel Idrus.

Episod 12 hati perempuan tamat di mana Tengku Zaril bertanyakan kepada Yuhanis sendiri apakah hubungan dia dengan Daniel Idrus. Huhu... Mesti best sambungan episod 13 hati perempuan next week kan. Tengok promo... Ku Lin turut muncul apabila terlanggar Yuhanis. Apakah motif kemunculannya... Terpaksalah tunggu next episod. Huhu... Tapi, kalau rasa tak sabar nak tahu next scene kenalah baca online novel hati perempuan. Biasanya... Kalau Aku jarang nak baca novel online... Al-maklumlah, beranak kecil ni waktu tu terbatas.