Assalamu'alaikum ♥
Nur Ain tengah tidur. Alia pulak ikut adik check Pusat Internet 1 Malaysia di Betong. Apalagi... Time nilah masa untuk aku pulun update blog. Huhu...
Harini umur Nur Ain dah 3 bulan 13 hari. Ternyata ada benarnya pendapat Doktor Carol Cooper di mana bayi berusia di antara 3 hingga 4 bulan akan mulai mengenali orang di sekelilingnya.
Nak dijadikan cerita... Tigaempatlima kali jugaklah berlaku dalam bulan ni di mana... Bila saudara datang rumah... Pasti akan dukung Nur Ain. Si Nur Ain pulak... Bila diambil, automatik melalak seperti kena pukul. Tapi bila aku ambik semula... Terus diam daripada menangis... Apalagi saudara dok kata Nur Ain reti memilih.
Si kakak pulak... Bila orang lain bawak Nur Ain. Mulalah risau... Menangis. Takut kalau-kalau orang ambik adik dia. Sayang sungguh Alia dengan Nur Ain.
0 Comments
Terima Kasih! Kerana sudi memberi komentar di blog Fiza. Komen yang baik-baik aje. 😊😆👏#budibahasabudayakita
Please Don't Spam Here. All the Comments are Reviewed by Admin.